Container Icon

Amanat Ibu


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

Segala puji bagi Allah tuhan yang memerintah sekalian alam, Selawat dan salam buat junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W dan ahlikeluarga serta para sahabat baginda seluruhnya...

Kasih sayang ibu untuk kalian sukar digambarkan kerana ia semula jadi. Perasaan kurniaan Allah untuk bergelar ibu. Hanya Ibu sahaja yang mengerti bagaimana beratnya tanggungan dari mula mengandung hinggalah melahirkan mu....

Firman Allah SWT :

Maksudnya : Maka janganlah engkau berkata kepada mereka ( sebarang perkataan kasar ) sekalipun "oh!" dan janganlah engkau menengking mereka tetapi katakanlah mereka perkataan yang mulia (sopan santun )- ( Surah Al Israk 17:23 )

Sebelum dirimu ada, Ibu sentiasa berdoa kepada Ilahi agar perkahwinan kami di redhai dan memperolehi zuriat yang soleh dan solehah...sesungguhnya Dia maha mendengar setiap permohonan yang ibu pohonkan...Ibu bertuah dan bersyukur mempunyai kalian kerana ada pasangan yang sudah lama berkahwin masih tidak mempunyai cahaya mata.

Walau apapun perkara yang terjadi ibu anggap ianya sebagai ujian darinya dan ibu redha moga-moga kehidupan kalian diberkati hendaknya...

Bukan kesenangan dan kekayaan yang ibu harapkan dari kalian cukuplah sekiranya kalian hidup berlandaskan hukum Allah, tidak melupakan SOLAT 5 waktu, perbaiki akhlak, jauhi kemungkaran, jauhi maksiat, jauhi ZINA dan doakan dari anak-anak yang soleh yang ibu nantikan. Ibu harap kalian juga dapat perbaiki diri.

Pesan ibu jagalah maruah diri dan keluarga terutamanya nama yang kalian bawa dihujung nama kalian. Kerana apa sahaja keburukan yang kalian lakukan bukan kalian yang menanggungnya sendiri tapi ada nama yang sentiasa dikaitkan.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Post a Comment